Assalamualaikum kalian2 semua :) Hari ni kechik penat tersangat2nya sbb baru je balik dari Shah Alam, abg sedara kechik kahwin :) Wahhh ! sebut je pasal kahwin msti semua nak rasa hidup berkeluargakan ? lagi2 kalau keluarga kita 2 besar, meriahhh ! Ye, kechik akui keluarga mmg indah mcm PELANGI yg kita tgk . Pelangi jauh dan tak dapat di sentuh tapi bila kita melihatnya kita rasa amat tenang dan bahgia je mcm tu juga bile kita rasa dlm hidup berkeluarga . Kasih sayang dari keluarga amatlah berharga dan bernilai . Kenapa kechik bandingkan keluarga dgn pelangi ? sebab saat kechik tgk pelangi, kechik rasa pelangi tu mcm keluarga kechik yg terus mnjadi warna yg indah dalam hidup kechik walaupun pelangi itu tidak kekal tetapi kasih sayang keluarga kechik kekal sampai ke akhirat . Saat kechik kehilangan ayahanda tersayang, kechik rasa pelangi hidup kechik tetap bersinar walaupun ayahanda telah pergi sbb kasih sayang ayahanda tersayanglah mnyebabkan pelangi itu terus bersinar . Senyuman mereka adalah semangat kechik utk teruskan kehidupan yg penuh dengan kekecewaan dan kesakitan . Dalam keluarga kechik, kechik ada abang yg kadang2 memang mnyakitkan hati tapi hakikatnya dialah abang yg paling kechik sayang :) ececehhh ~ kechik ada adik perempuan, mmg selalu juga bergaduh dengan dia tapi bila jauh segala kerinduan terasa dan kechik ada adik lelaki yg agak comel tapi dia lagi tinggi dari kechik, hewhew :3 kadang2 gaduh ngn dia ermm dia mmg adik yg degil tapi dia seorng yg baik dan suka tolong kechik lagi2 kalau suh goreng ape2 utk mkn . Pemalas la kechik ni ! hehe :p tapi dalam keluarga kita pasti ada yg lagi penting selain dari adik beradik iaitu MAK DAN AYAH :) kechik ada mak yg penyayang dan mak kechik ni garang tapi dalam garang2 dia tu terselit sifat kasih sayang yang melimpah ruah . Mak kechik ni mak yg kuat dan tabah utk lalui kehidupan ini bagi membesarkan putera dan puterinya saat ayahanda tiada di dunia lagi . Kechik kagum dengan kecekalan dia . Kechik amat mnyayangi beliau <3 Saat ini kechik merindui insan yang bernama ayah :') da 2 tahun ayah meninggalkan kami tapi kasih sayangnya masih kami rasa sampai sekarang . Di masa adanya ayah, dialah ayah yang paling sempurna dan saat ini kechik rindukan segala2nya tentang ayah . Fuhhh, perlukan ketabahan yg tinggi utk cerita pasal ayah ni sbb airmata dah meleleh ! walau ape pun, kechik sayang dan rindukan ayah <3 bagi sesiapa yg masih ada MAK DAN AYAH, jaga dan sayangilah mereka saat mereka masih ada kerana saat mereka sudah tiada pasti kamu akan rasa mcm mana sakit dan rindunya kita pada mereka tapi kalau kamu sudah kehilangan mereka, janganlah berhenti utk mnyayangi mereka dengan cara sedekahkan DOA utk mereka :) mereka tak minta banyak tpi cukuplah doa dari anaknya soleh ! Okaylah, kalau nak cerita pasal keluarga ni mmg berpage2 pun tak abis, hehe :p indahkan hidup berkeluarga ? mohh ler kita kahwin ! Opsss, salah pulak :p mohh ler kita jaga hubungan kekeluargaan yg terbina ini terus kekal sampai ke Syurga Allah :) Sesungguhnya, keluargalah anugerah dari Allah yg paling berharga dan bermakna dari harta dunia ! Ingatlah, saat kita jatuh dan bangun keluargalah yang setia bersama kita jadi hargailah kehadiran mereka dalam kehidupan kita :) da panjang lebar da kechik pot pet da ni . Kechik minta diri dulu ye ? nnti kita pot pet kembali ! ingat yer ape yg kechik pot pet ni . Jangan tak masuk pulak dalam kepala tu ~ Salam :)
" KELUARGA ADALAH HARTA YANG BERNILAI DARI EMAS, PERMATA , BERLIAN DAN SEGALA2NYA HARTA DI DUNIA INI . ANUGERAH YANG TERINDAH INI PERLULAH DI JAGA DENGAN PENUH KASIH SAYANG YANG MELIMPAH RUAH DAN HARGAILAH MEREKA PASTI HIDUP KITA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT "