Sunday, 12 January 2014

KELUARGA ? itulah PELANGI sebenarnya !

Assalamualaikum kalian2 semua :) Hari ni kechik penat tersangat2nya sbb baru je balik dari Shah Alam, abg sedara kechik kahwin :) Wahhh ! sebut je pasal kahwin msti semua nak rasa hidup berkeluargakan ? lagi2 kalau keluarga kita 2 besar, meriahhh ! Ye, kechik akui keluarga mmg indah mcm PELANGI yg kita tgk . Pelangi jauh dan tak dapat di sentuh tapi bila kita melihatnya kita rasa amat tenang dan bahgia je mcm tu juga bile kita rasa dlm hidup berkeluarga . Kasih sayang dari keluarga amatlah berharga dan bernilai . Kenapa kechik bandingkan keluarga dgn pelangi ? sebab saat kechik tgk pelangi, kechik rasa pelangi tu mcm keluarga kechik yg terus mnjadi warna yg indah dalam hidup kechik walaupun pelangi itu tidak kekal tetapi kasih sayang keluarga kechik kekal sampai ke akhirat . Saat kechik kehilangan ayahanda tersayang, kechik rasa pelangi hidup kechik tetap bersinar walaupun ayahanda telah pergi sbb kasih sayang ayahanda tersayanglah mnyebabkan pelangi itu terus bersinar . Senyuman mereka adalah semangat kechik utk teruskan kehidupan yg penuh dengan kekecewaan dan kesakitan . Dalam keluarga kechik, kechik ada abang yg kadang2 memang mnyakitkan hati tapi hakikatnya dialah abang yg paling kechik sayang :) ececehhh ~ kechik ada adik perempuan, mmg selalu juga bergaduh dengan dia tapi bila jauh segala kerinduan terasa dan kechik ada adik lelaki yg agak comel tapi dia lagi tinggi dari kechik, hewhew :3 kadang2 gaduh ngn dia ermm dia mmg adik yg degil tapi dia seorng yg baik dan suka tolong kechik lagi2 kalau suh goreng ape2 utk mkn . Pemalas la kechik ni ! hehe :p tapi dalam keluarga kita pasti ada yg lagi penting selain dari adik beradik iaitu MAK DAN AYAH :) kechik ada mak yg penyayang dan mak kechik ni garang tapi dalam garang2 dia tu terselit sifat kasih sayang yang melimpah ruah . Mak kechik ni mak yg kuat dan tabah utk lalui kehidupan ini bagi membesarkan putera dan puterinya saat ayahanda tiada di dunia lagi . Kechik kagum dengan kecekalan dia . Kechik amat mnyayangi beliau <3 Saat ini kechik merindui insan yang bernama ayah :') da 2 tahun ayah meninggalkan kami tapi kasih sayangnya masih kami rasa sampai sekarang . Di masa adanya ayah, dialah ayah yang paling sempurna dan saat ini kechik rindukan segala2nya tentang ayah . Fuhhh, perlukan ketabahan yg tinggi utk cerita pasal ayah ni sbb airmata dah meleleh ! walau ape pun, kechik sayang dan rindukan ayah <3 bagi sesiapa yg masih ada MAK DAN AYAH, jaga dan sayangilah mereka saat mereka masih ada kerana saat mereka sudah tiada pasti kamu akan rasa mcm mana sakit dan rindunya kita pada mereka tapi kalau kamu sudah kehilangan mereka, janganlah berhenti utk mnyayangi mereka dengan cara sedekahkan DOA utk mereka :) mereka tak minta banyak tpi cukuplah doa dari anaknya soleh ! Okaylah, kalau nak cerita pasal keluarga ni mmg berpage2 pun tak abis, hehe :p indahkan hidup berkeluarga ? mohh ler kita kahwin ! Opsss, salah pulak :p mohh ler kita jaga hubungan kekeluargaan yg terbina ini terus kekal sampai ke Syurga Allah :) Sesungguhnya, keluargalah anugerah dari Allah yg paling berharga dan bermakna dari harta dunia ! Ingatlah, saat kita jatuh dan bangun keluargalah yang setia bersama kita jadi hargailah kehadiran mereka dalam kehidupan kita :) da panjang lebar da kechik pot pet da ni . Kechik minta diri dulu ye ? nnti kita pot pet kembali ! ingat yer ape yg kechik pot pet ni . Jangan tak masuk pulak dalam kepala tu ~ Salam :)

" KELUARGA ADALAH HARTA YANG BERNILAI DARI EMAS, PERMATA , BERLIAN DAN SEGALA2NYA HARTA DI DUNIA INI . ANUGERAH YANG TERINDAH INI PERLULAH DI JAGA DENGAN PENUH KASIH SAYANG YANG MELIMPAH RUAH DAN HARGAILAH MEREKA PASTI HIDUP KITA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT "

Saturday, 11 January 2014

Sahabat Adalah Pelangi Hidup Saya :)

Assalamualaikum kalian ! Awak2 semua ada SAHABAT tak ? mesti ada kan ? Hari ini kechik nak cakap pasal sahabat kechik tapi sebelum kechik pot pet panjang lebar, kechik nak tunjuk pic giler2 kechik dgn sahabat kechikkk :)


DIA NI BUAH HATI KECHIK (NOR NAIMAH)
INILAH PENEMAN HIDUPKU DUNIA DAN IN SYA ALLAH HINGGA AKHIRAT
(NAZRUL SHAFIQ HISA MUDDIN)
INILAH SEHATISEJIWA KECHIK (SITI SHAHRUZZIRA)


Mereka inilah sahabat yg ada saat kechik jatuh dan bangun . Merekalah yg setiap hari menjadi pelangi yg terindah utk menceriakan hidup kechik sepertimana indahnya kita melihat pelangi ciptaan Allah :) jadi jagalah persahabatan yg terjalin antara kamu dan sahabat kamu kerana ia adalah anugerah yg terindah Allah kurniakan dalam kehidupan ini ! Okay la, sampai sini je kechik cerita pasal sahabat kechik ni . Sesungguhnya kechik sayang pada mereka sepertimana mereka sayangkan persahabatan ini :) Sahabat, janganlah kamu pergi dari hidupku kerana aku takut hidup kelam dan gelap sbb kamu semua adalah pelangi hidupku :) ILOVEYOUALLSAHABAT <3



"SETIAP SILATURRAHIM YANG TERUS TERJALIN ADALAH SATU PERKARA YG TERINDAH DALAM HIDUP SESEORANG JADI TERUSLAH HIASI HUBUNGAN ITU DENGAN KASIH SAYANG, KEPERCAYAAN DAN SEMANGAT SETIA KAWAN"

Friday, 10 January 2014

Perubahan !

Assalamualaikum kalian, kita bertemu kembali dalam tajuk PERUBAHAN . Tanamkan dalam diri kita ini, kita bukan sesiapa utk mnghukum seseorang di saat dia melakukan dosa pada masa dahulu dan ingin berubah di masa depannya . Jgn sesekali kita persoalkan atau layakkah dia berubah ? JANGAN ! Tapi bantulah dan pimpinlah dia utk berubah ke arah kebaikan . Besar pahala yg kita dapat bila bantu seseorng yg ingin berubah . Andai dulu dia pernah terlanjur, bkn kamu hina atau caci dia tapi beri dia nasihat yg baik2 dan pimpin dia tetapi apa yg berlaku sekarang ? perempuan yg terlanjur terus di cop sebagai 'PELACUR' ! Ya Allah, hinanya kita ini lagi hina apa yg pernah dia lakukan . Kita terlalu mudah utk mnjatuhkan sesuatu hukum ke atas saudara seislam kita . Apa salahnya kita bentuk kembali dia jadi insan yg baik dan mulia di sisi Allah :) lagi satu bila seseorang yg dulu pernah buat kesilapan dan dia mahu berubah tapi ape yg kita lakukan ? kita hina dia dan bukan setakat itu je, kita ketawakan dia ! ada tu yg ckp " KAU TAK PAYAH BAJET ALIM LA, KAU TU JAHAT ! TAK SAPE YG PERCAYAKAN KAU " Kasihan org yg nak berubah itu . Hancur semuanya ape yg dia nak lakukan bila saat kita katakan begitu pada dia . Saat dia pernah melakukan kejahatan, itu antara dia dan Allah tetapi saat dia ingin berubah, bagilah semangat padanya :) itu baru di namakan Umat Islam ! Pastikan kita ingin berubah kerana cinta kepada Allah bukan kita nak berubah sbb nak kejar cinta dunia ! Setiap kita ingin lakukan sesuatu perkara, ingatlah ape manfaat yang kita dapat kalau kita lakukan perkara itu ? okaylah, da panjang lebar diriku ini pot pet so dgn ape yg diriku coretkan ini kita dapat berubah dan stop dari mencaci org yg ingin berubah ! Kepada yg nak berubah tu jgnlah takut utk berubah demi kebaikan dirimu kerana takut di caci dan di hina oleh manusia tapi takutlah jika kita tidak berubah Allah akan murka pada kita . Berubahlah ! Salamm :)

" Kehidupan kita akan indah saat kita mendapat redha dari Allah dan janganlah sesekali kita hilang keredhaan Allah kerana kita akan sesat di dunia dan di akhirat"

Wednesday, 8 January 2014

Kehidupan ~

Siapa kita dalam dunia ini ? kita ini hanya 'PELAKON' yang berlakon ape yang berlaku telah Allah tetapkan sejak kita di dalam rahim bonda kita tetapi jangan lupa setiap manusia di dunia ini ada watak yg berbeza . Tak perlu tengok jauh2 tapi cuma tgk pada kawan kamu sendiri . Dalam berkawan mungkin kita pernah dengar 'KAWAN MAKAN KAWAN' atau 'KAWAN TIKAM BELAKANG' ? Alahai, biasa la itulah yang di namakan 'KAWAN' yang ade masa kita senang tapi masa kita susah, dia org yg pertama lari . Tak perlu rasa sakit hati bila kita kena macam ni sbb setiap apa yang berlaku Allah yang tetapkan . Kalau kita rasa ape yang dia buat, lambat laun dia akan dapat setimpal dengan apa yg dia pernah lakukan . Simplekan ? itu yang di namakan KARMA . Ingat, dalam hidup yang penuh cabaran ini tanamkanlah satu sifat KESABARAN yang tinggi kerana di setiap penghujung kesabaran itu kita dapat satu nikmat yang Allah hadiahkan pada hambanya :) jadi sabarlah walaupun kadang2 kita rasa nak meletup sangat2 tapi kalau tak tahan sgt nak marah ingatlah Allah ! pasti hatimu akan tenang setenangnya :)Biarkan apa yang orang cakap pada kita sebab mungkin hidup dia tak pernah sehabat hidup kita . Anggap saja macam kita lalu depan tong sampah yang paling busuk tapi bila kita ke depan pasti bau busuk itu akan hilang ! Keep Calm and Happy Go Lucky, okay ? :)



"SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH, UJIAN YANG ALLAH KIRIM INI BUKAN UTK KITA PUTUS ASA TAPI UTK KITA BANGKIT !" 

I'm Kechikkk ~

Hii, i'm new at here ! uolll's bole panggil aku Eiyqa tapi kawan2 aku panggil aku Kechik . Ikut sukati uolll's la nak panggil aku ape pon okay ? asalkan sedappp namaku ! btw salam perkenalan dariku :)


created by : Kechik's